Sunday, June 14, 2009

KAUNSELING KELOMPOK

1.0 Pengenalan
Kaunseling kelompok telah memperlihatkan potensi yang besar dalam membantu individu dalam bilangan yang besar. Menjadi lumrah manusia hidup dalam satu komuniti masyarakat. Perasaan saling memerlukan antara satu sama lain wujud sejak dilahirkan lagi. Ini kerana setiap manusia saling perlu-memerlukan antara satu sama lain. Dalam institusi pendidikan keberkesanan intervensi kelompok telah terbukti. Menurut Corey (1995), kaunseling kelompok boleh membantu bilangan pelajar yang lebih besar di institusi pendidikan.


2.0 Definisi Kelompok Kaunseling dan Kaunseling Kelompok

Menurut Webster’s Third New World International Dictionary kelompok didefinisikan sebagai:
“...a number of individuals bound together by a community of interest, purpose or function”.

Johnson and Johnson (1991) pula berpendapat kelompok adalah:

“..a collection of two or more individuals, who meet in face to face interaction, independently, with the awareness that each belongs to the group and for the purpose of achieving mutually agreed-upon goals”

Gadza (1978) mendefinisikan kelompok sebagai:

“…group work refers to the dynamic interaction between collections of individuals for prevention or remediation of difficulties or for the enhancement of personal growth/ enrichment through the interaction of those who meet together for a commonly agreed on purpose and at prearranged times”.

Kaunseling
Kaunseling pula adalah satu proses tolong bantu bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian. Rogers (1961) mendefinisikan kaunseling sebagai:

“..counseling is a relaxed, safe, and facilitative relationship in which an incongruent, disorganized and troubled person moves towards becoming open, integrated, secure and fully functioning”.

Cottle (1973) pula berpendapat:

“..counseling is the psychological by which a professional person helps a relatively normal client to explore, understand and accept behavior so that future behavioral choices can be made particularly those of an educational or vocational nature.


Gibson dan Mitchell (1986), mentakrifkan kaunseling sebagai :

“…satu proses dalam membantu klien menyesuaikan diri dengan hal-hal seharian mengenai perkembangan dan memperbaiki perkembangan itu sama ada pembaikan terhadap tingkahlaku, perhubungan peribadi, nilai-nilai dan pemilihan kerjayanya di samping membina kemahiran-kemahiran dalam bidang berkaitan”.

Brammer and Shostrom (1960) pula mendefinisikan kaunseling sebagai:

“…a one to one relationship between counselor and client which focuses on rational planning, problem solving, decision making and situational pressures as related to the clients daily living).

Kaunseling Kelompok
Kaunseling kelompok boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi di antara satu sama lain. Ia melibatkan proses perhubungan individu dalam kumpulan secara dinamik tentang tingkahlaku dan pemikiran. Ia juga melibatkan fungsi-fungsi terapi yang mana ahli-ahli dalam kelompok berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya dan kaunselor.
Hansen, Warner dan Smith (1980) menghuraikan kaunseling kelompok sebagai satu perhubungan di antara kaunselor dengan beberapa orang klien atau ahli-ahli. Mereka menilai diri dan keadaan dalam usaha mengubah sikap dan kelakuan. Fokusnya adalah pada pencegahan dan rawatan. Kaunseling pencegahan menolong ahli-ahli menyelesaikan masalah sebelum ia bertambah rumit. Carl Rogers (1970) mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan dan pemulihan proses yang mana setiap orang dirasionalkan mengikut kehendak ramai.
Kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan antara individu secara berkelompok yang melibatkan seorang kaunselor dengan beberapa orang ahli yang mencerminkan diri mereka serta situasi yang dialami. Tujuan perhubungan tersebut adalah untuk mengubah sikap dan kelakuan.

Ohlsen, Horne and Lawe (1988) menyatakan kaunseling kelompok sebagai:

“..a helping process that provides the opportunity for counseless to identify goals of change to develop skills necessary to archieve those goals and to practice those skills within a safe and structure setting”.

Menurut Gadza, Duncan and Meadows (1967) :

“..group counseling is a dynamic interpersonal process focusing on conscious thought and behavior and involving the therapy functions of permissiveness, orientations to reality, catharsis and mutual trust, caring, understanding, acceptance and support. The therapy functions are created and nurtured in a small group through the sharing of personal concerns with one’s peers and the counselors. The group counselees are basically normal individuals with various concerns which are not debilitating to the extent requiring extensive personality change. The group counselees may utilize the group interaction to increase understanding and acceptance of value and goals and to learn and unlearn certain attitudes and behaviors”.

Gladding (1995) mendefinisikan kaunseling kelompok ialah dua orang atau lebih yang berkumpul bersama untuk tujuan beberapa interaksi yang telah dirancang. Pemimpin membentuk kumpulan untuk membincangkan atau membuat keputusan tentang sesuatu perkara, meneroka masalah peribadi atau untuk menyiapkan tugas khusus untuk mencapai matlamat yang spesifik.
Berdasarkan definisi-definisi di atas dapat dirumuskan bahawa kaunseling kelompok adalah satu proses interaksi antara individu yang dinamik dan melibatkan seorang kaunselor terlatih yang berperanan sebagai pemimpin dengan beberapa orang ahli yang ingin menerokai diri sendiri serta keadaan yang dialami dalam usaha mengubah sikap untuk memperoleh penyesuaian dan perkembangan diri.
Kaunseling kelompok mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu dari segi jenis kelompok, matlamat kelompok, tahap-tahap perkembangan dalam kelompok, peranan ahli-ahli dalam kelompok dan ia juga ada kelebihan dan terdapat juga limitasi dalam pengendalian kaunseling kelompok.
Kaunseling kelompok melibatkan ahli yang ramai. Oleh yang demikian setiap ahli mempunyai peranan masing-masing. Kaunselor adalah merupakan pemimpin kelompok yang mana berperanan untuk menggerakkan kelompok kearah matlamat yang ingin dicapai dalam kelompok.
Dari segi jenis kelompok terdapat pelbagai jenis kelompok dan ianya bergantung kepada tujuan kelompok itu dibentuk. Antara jenis kelompok ialah kelompok bimbingan, kelompok kaunseling, kelompok T dan kelompok psikoterapi.

3.0 Matlamat Kaunseling Kelompok
Dalam kelompok ia mempunyai matlamat tertentu. Secara umumnya tujuan atau matlamat kaunseling kelompok adalah untuk memperbaiki sikap serta perlakuan klien yang tidak berkesan atau yang tidak mendatangkan faedah. Corey (1995) berpendapat kaunseling kelompok mempunyai tujuan untuk pencegahan dan pemulihan. Hansen (1976) menjelaskan tujuan mencegah adalah supaya klien dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum masalah tersebut menjadi serius manakala tujuan memulih pula adalah bagi klien yang sedang mengalami masalah yang serius dan kaunseling kelompok merupakan satu proses intervensi untuk mengubah tingkahlaku. Corey (1995) berpendapat adalah baik sekiranya setiap ahli kelompok dapat membuat matlamat khusus dalam kelompok. Beberapa matlamat umum yang dikongsi bersama ahli kelompok ialah :
1. Belajar mempercayai diri sendiri dan orang lain
2. Memperoleh pengetahuan tentang diri sendiri dan membentuk keunikan identity diri.
3. Mengenalpasti kesamaan tentang keperluan dan masalah ahli dengan itu berusaha mewujudkan perasaan kesejagatan
4. Meningkatkan penerimaan, keyakinan dan hormat diri supaya dapat melihat diri dari perspektif yang baru.
5. Mencari alternative dalam menangani isu perkembangan dalam hidup dan mengatasi konflik tertentu.
6. Meningkatkan arah diri, outonomi dan bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain.
7. Menyedari hak membuat pilihan secara bijaksana.

4.0 Kelebihan Kaunseling Kelompok
Kaunseling kelompok mempunyai kelebihan tertentu. Antara kelebihan kaunseling kelompok ialah:
1. Kaunseling kelompok lebih menjimatkan masa dan usaha. Tidak banyak klien yang dapat dibantu oleh kaunselor melalui kaunseling individu. Dengan membentuk program kelompok yang baik seseorang kaunselor kelompok dapat membantu ahli menjelaskan nilai atau menyelesaikan masalah di samping melayan ahli yang memerlukan tumpuan individu. Pendekatan ini sesuai digunakan di institusi yang mempunyai kekangan masa dan kemudahan seperti sekolah, penjara dan pusat kesihatan mental.
2. Kehadiran ahli yang ramai dapat memainkan peranan sebagai sumber dalam berkongsi maklumat, menyumbangkan pelbagai pandangan atau meneroka nilai peribadi individu yang lain. Pandangan dan pendapat yang berbeza dapat menjadikan sesuatu pengalaman itu lebih menarik dan lebih rapat dan berkait dengan realiti hidup.
3. Ahli kelompok dapat memberikan sokongan yang lebih luas berbanding dengan kaunseling individu terutama sekali untuk masalah yang berkaitan dengan konflik antara perseorangan. Ahli dalam kelompok berpeluang menyelesaikan masalah itu dalam setting sosial yang berstruktur. Mereka dapat mencuba dan melatih tingkahlaku baru dan memperoleh sokongan dan maklumbalas daripada ahli yang lain.
4. Ahli kelompok dapat meletakkan masalah mereka dalam perspektif dan memahami persamaan atau perbezaan masalahnya dengan masalah orang lain.

Proses kaunseling kelompok mempunyai kesesuaian kepada individu seperti berikut :
1. Mereka yang rasa malu atau agresif apabila berinteraksi dengan orang lain.
2. Mereka yang suka membantah atau mengakur kepada jangkaan sosial
3. Mereka yang sukar mendapat kawan atau menjalin hubungan yang lama dengan kawan dan perlu mempelajari kemahiran bersosial dan berkomunikasi.
4. Mereka yang perlu berkongsi sesuatu dengan orang lain untuk mencapai keperluan merasai dirinya dipunyai dan diterima.
5. Mereka yang perlu mempelajari menghormati dan memahami sifat manusia yang berbeza-beza.
Namun kaunseling kelompok tidak sesuai kepada golongan berikut:
1. Mereka yang mangalami konflik peribadi atau konflik antara perseorangan yang terlalu peribadi untuk dikongsi bersama.
2. Mereka yang mempunyai rahsia yang tidak dapat dikongsi bersama untuk menjaga nama baik klien atau orang lain.
3. Mereka yang terlalu takut berinteraksi sosial dengan orang lain.
4. Mereka yang mempunyai pengalaman traumatic dalam kelompok.
5. Mereka yang tiada kawalan diri dalam situasi berkelompok
6. Mereka yang tidak faham dan sedar tentang perasaan sendiri sehingga dia merasa terumbang-ambing dan tidak tahu bagaimana berkongsi perasaan dan pengalaman dengan orang lain.

5.0 Limitasi Kaunseling Kelompok
Walaupun banyak kelebihan dalam kaunseling kelompok namun ia juga ada limitasi atau batasannya. Menurut Shertzer dan Stone (1974) antara limitasi ialah:
1. Ada ahli yang tidak sesuai untuk kaunseling kelompok kerana ia lebih sesuai untuk mendapatkan bantuan individu sebelum mereka dapat berfungsi dengan baik dalam kelompok. Ahli ini mungkin rasa tidak selamat dan tidak terdaya apabila berada dalam kelompok tanpa mengalami proses individu terlebih dahulu.
2. Selain itu ada juga ahli yang sukar untuk membina kepercayaan terhadap ahli lain. Dengan itu mereka tidak menimbulkan isu berkaitan sikap, perasaan, nilai dan tingkahlaku yang mereka merasakan tidak akan diterima oleh ahli lain dalam kelompok.
3. Perkembangan kelompok tersekat oleh isu yang memerlukan masa yang lama untuk ditangani bersama. Keadaan ini menyebabkan tumpuan ke atas ahli yang lain semakin kurang.
4. Peranan pemimpin dalam kelompok tidak luas dan lebih kompleks kerana ahli yang ramai.




6.0 Kesimpulan
Sesungguhnya kaunseling kelompok adalah merupakan satu medium yang begitu praktikal dalam proses membantu setiap klien mencapai kehendak diri kea rah menjadi yang lebih baik. Kaunseling kelompok merupakan agen pencegahan atau pengubatan kepada seseorang individu. Melalui kaunseling kelompok akan membantu seseorang individu dan ahli lain mengalami proses memperbaiki tingkahlaku.
Menurut Mahler (1971) melalui kelompok mereka bukan sahaja bekerjasama secara berpasukan malah mereka juga merasai apa yang dirasai oleh ahli dalam kelompok tersebut.













7.0 Rujukan

Brammer, L. M., & Shostrom, E. L. (1960). Therapeutic Psychology. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Corey, G. (1995). Theory and Practice of Group Counseling (4th Ed). Pacific Grove, CA: Brooks/ Cole Publishing Company.

Gazda, G. M., Duncan, J. A. Meadows, M. E. (1967). Group Counseling and Group Procedures- Report of a Survey. Counselor Education and Supervision.

Gazda, G. M. (1989). Group Counseling : A Developmental Approach (4th Ed). Boston, MA: Allyn and Bacon.

Gibson, R. L. & Mitchell, M. H. (1986). Introduction to Counseling and Guidence (2nd Ed). NY: Macmilan Publishing Company.

Gladding, S. T. (1995). Group Work. A Counseling Speciality (2nd Ed). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Hansen, J. C., Warner, R. W. & Smith, E. J. (1980). Group Counseling. Theory and Process (2nd Ed). Chicago: Rand McNally.
Johnson, D.W., & Johnson, F. P. (1991). Joining Together (4th Ed). Englewood Cliffs, NJ. Prentice Hall.

Mahler, M. S. (1971). A Study of the separation and individuation process: The Psychoanalytic Study of the Child. New York: Quadrangle.

Ohlsen, M. M., Horne, A. M. & Lawe, C. F. (1988). Group Counseling (3rd Ed). New York: Holt, Rinehart & Winston.

Rogers, C. (1961). On Becoming A Person: A Place of the Person In The World. Boston: Houghton Mifflin Inc.

Rogers, C. (1967). Carl Rogers On Encounter Groups. New York: Harper & Row.

Shertzer, B. & Stone, S. (1974). Fundamental of Counseling (2nd Ed). Boston: Houghton Mifflin Inc.

No comments:

Post a Comment