Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mentalm tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.
Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:
* Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
* Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan persekitarannya.
* Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang timbul dari kehidupan harian.
Ciri-ciri kesihatan mental yang positif
Terhadap diri sendiri
* Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
* Berupaya mengawal perasaan.
* Sanggup menerima kegagalan.
* Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
* Menghargai diri sendiri.
Terhadap orang lain
* Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
* Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
* Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
* Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.
Terhadap cabaran
* Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
* Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
* Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
* Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.
10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif
* Menerima kenyataan diri secara realistik.
* Mengendali masa dengan baik (time management)
* Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
* Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain.
* Menjaga kesihatan fizikal.
* Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
* Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
* Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
* Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
* Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional sekiranya perlu.
Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:
* Perasaan rendah diri.
* Tekanan dalam hidup.
* Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
* Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia, penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
* Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
* Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)
* Peningkatan risiko penyakit mental.
Sunday, June 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment